Tuesday, May 12, 2020

KEK PANDAN GEBU GEBAS

Siapa suka kek pandan sila angkat 🖐..

Sudah semestinya Kek yang lembut dan gebu akan menjadi ‘kegilaan’ bagi peminat makanan pastri. Enak dimakan tidak kira waktu...Kek Pandan selalu menjadi penambat selera..nak-nak pulak kalau dihidangkan bersama kopi atau teh panas...hehehe

Terpengaruh dengan TV sangattttt..semua gara-gara tengok cerita Kampung People la ni..😂😂😂

Hari ni Cik Mainnie nak share resepi Kek Pandan yang paling simple...dah le simple gebu gebas pulak tu...

Jom kita tengok bahan2 dan cara2 membuat kek yang over gebu gebas ni...😅😂🤣.


Menu : KEK PANDAN GEBU GEBAS


 

Bahan-bahan :-
• 4 biji telur
• 2 cawan tepung gandum 


• 1 cawan gula
• 1 kotak santan
• 4 sb susu pekat
• 1 sb ovalette
• 1 sk esen vanila
• 1 sk esen pandan
• 1 sk pewarna hijau
• secubit garam ( terpulang nk atau tidak)




 Cara-cara membuat :-

• Putar telur, gula, susu pekat & ovalatte sehingga gebu.
 

• Masukkan tepung & santan. Putar hingga semua sebati.
 

• Kemudian masukkan esen vanila, esen pandan & pewarna hijau.


 Putar sehingga semuanya sebati.


• Keluarkan dari mixer & kacau sekejap supaya semuanya sebati kemudian masukkan dalam loyang

 

• Bakar pada suhu 160°C menggunakkan api atas bawah lebih kurang 50 minit, bergantung pada oven masing-masing.

 

Taraaaa...siapppp..


- SELAMAT MENCUBA -



💖 Love To Cook, Love To Eat 💖

Sunday, May 10, 2020

SANGKAYA THAI PANDAN

RAMADHAN KAREEM buat semua...

Hari ni Ramadhan Ke-13...hati tetiba rasa sayu jewww...maklum la biasa setiap tahun bila tibanya Ramadhan, first day bersahur pasti akan sambut dengan mak abah..tak kira la 1 Ramadhan jatuh weekday ataupun weekend..yang pasti Cik Mainnie dan husband tetap akan ambil cuti balik ke kampung..Tapi tahun ni takde rezeki nak balik...Cik Mainnie redho..lagipun kita hanya merancang..Moga virus Covid-19 ni segera pergi..Amin..

Hokeyyy...kita berbalik dengan menu hari ni...hehehe...tetiba mood rajin tu datang..

Hari ni Cik Mainnie nak repeat menu Sangkaya … hehehe..
Senebarnya Cik Mainnie ni takde la pandai mana pun masak, tapi  Cik Mainnie suka mencuba resepi baru..google jew lew...bukan susah pun.. hehehehe

Uolls mesti selalu layan Boat Noodle kan...Cik Mainnie kalau pergi Boat Noodle mesti tak pernah tak order Sangkaya … roti steam dia fuhhhhhh sedap sampai tak terkata2..boleh jadi gaduh tau kalau en suami lupa nak order…hahahha

Disebabkan Cik Mainnie terlebih rajin main google2 hari ni, so terjadi la Sangkaya versi Cik Mainnie...hahahaha

SANGKAYA THAI PANDAN versi Cik Mainnie

Bahan-bahan :-
- 5-6 Helai Daun Pandan (di ambil airnya sahaja)
- 1 biji Telur
- 250ml Susu Cair
- 250ml Air (utk blend daun pandan)
- 150g Gula
- 2 sudu besar Tepung Jagung
- Secubit Garam
- Roti

Cara-cara Memasak :-

1. Blender daun pandan dgn air...tapis air daun pandan

SORRY PIC LUPA NAK SNAP...MAAFKAN SAYA...hehehe
😛😜😝

2. Masukkan telur dan gula, di kacau sebati..

3. Masukkan susu,...kacau sehingga sebati.

4. Masukkan air daun pandan

5. Masukkan tepung jagung serta garam dan kacau sehingga sebati

6. Bila kesemua bahan-bahan tersebut dah sebati, masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau..Selama 20-30 minit sehingga likat dan kelihatan berkilat.

7. Bila dah likat...matikan api tunggu sehingga ia menjadi sejuk.

8. Kukus/ bakar/ steam roti..ikut selera anda..

9. Hidangkan bersama susu cair untuk rasa lebih umpphh..

taraaaaa...dah siappp...

~ SELAMAT MENCUBA ~

💘 Love To Cook, Love To Eat 💘

Friday, May 8, 2020

PUDING KARAMEL

Assalamualaikum Readerssss...

Hari ni Cik Mainnie nak share satu resepi puding yang menjadi kegilaan ramai para wanita kat luar sana...Sebut jew PUDING KARAMEL semua orang tersenyum dan teringin nak mencuba buat sendiri..hehehe

Kalau kita tengok dekat Facebook sejak akhir-akhir ni dah jadi satu menu yang paling hangat diperkatakan...sana sini ramai yang post pasal menu ni...ada yang kejadiannya OK, dan ada jugak kejadiannya yang KO...yang paling sadis sekali ada jugak yang hancur lebur bila diterbalikkan masa nak dihidangkan...ada jugak yang tak patah semangat siap cuba buat sampai jadi...hehehe..

Jom Cik Mainnie nak share resepi Puding Karamel versi Cik Mainnie yang paling mudah di abad ini...hahaha

Resepi PUDING KARAMEL


Bahan bahan:
- 2 tin susu cair
- 5 biji telur
- 3 sudu besar gula
- sedikit Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan air

Cara cara menbuat :-

- Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. (Jangan sampai hangit)

- Tutup api, masukkan gula ke dalam loyang dan biarkan sejuk

- Panaskan susu bersama gula dengan api yg perlahan..(suam2 sahaja tauuu)

- Kemudian pukul telur tetapi jangan sampai berbuih, kemudian masukkan esen vanila

- Satukan susu & telur tadi..Kacau sehingga sebati. - Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah diisi dengan gula hangus tadi..
(guna penapis supaya buih2 atau bahan2 yg tk sebati dapat diasingkan...gituuuuu)

- Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 35 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala.

- Bila sudah masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit...kemudian baru dikuarkan dan sejukkan. (kalau tk sabar, boleh jew masukkan dlm peti ais bg cepat sejuk..😅😂🤣)

~ SELAMAT MECUBA 🤪~


💖Love To Cook, Love To Eat..💘

MEE GORENG BASAH

** COPY POSTING FROM MY OLD BLOG.. POSTING DATE 4.1.2019

Menu : MEE GORENG BASAH..

😘😘😘

Bahan bahan:-
💥
- 10 ekor sotong
- 10 ekor udang
- sawi
- fish ball
- fish cakes
- cili kering (ikut kepedasan anda)
- 5 ulas bawang merah (kisar)
- 4 ulas bawang putih (kisar)
- sedikit gula (ikut cara saya..😂)

Cara cara:-
💥
1)Sotong & Udang (dipotong ikut cara saya)
2)Panaskan minyak dah tumis bahan-bahan yg telah dikisar menggunakan api yang perlahan
- cili
- bawang merah - bawang putih
3)Masukkan sedikit gula serta garam dan kacau supaya sambal berwarna gelap sedikit.
4)Masukkan sotong & udang..kacau api perlahan..kemudian masukan fish ball, fish cakes & sayur sawi
5)Kacau smp rata dgn api perlahan... Biarkan dalam 3-4 minit sebelum supaya sotong & udang masak sedikit..kemudian bolehlah masuk mee...
6)Kacau sehingga semua rata dan sebati..Kacau & biarkan 3-4 minit..

** pada yang suka mee basah biarkan ia berkuah..pada yg suka kering, kacau sampai mee & kuah sebati..😘😘

Selamat Mencuba...☺️☺️

💓💓 Love To Cook, Love To Eat 💓💓


AYAM MASAK KICAP

** COPY FROM OLD BLOG..POSTING ON 4.7.2018-

DINNER TIME..😘😘

MENU : AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:-
1/2 Ekor ayam
5 biji cili merah (ikut kepedasan anda)
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 batang kayu manis
1 atau 2 bunga lawang
Kicap Kipas Udang (sukatan ikut suka anda)
3 sudu besar Kicap Manis ABC
sedikit lada sulah
sedikit garam

CARA-CARA MEMASAK :-

1) Goreng ayam (sedikit garing/ garing..mengikut kesukaan anda)
2) Panaskan minyak dan tumis:
    - kayu manis
    - bunga lawang
    - bawang besar
    - bawang putih
    - cili padi
3) Apabila sudan wangi, masukan...
   - kicap Kipas Udang
   - kicap manis ABC
   - lada sulan
   - sedikit garam
   (gunakan api perlahan supaya kicap tidak hangit)
3) Biarkan 2 minit dengan api yang perlahan..kemudian masukan ayam
4) Kacau ayam sehingga kicap sebati dan meresap dalam ayam...(tunggu 2 hingga 3 minit)

Tutup api...dan hidangkan...

SELAMAT MENJAMU SELERA...💝💋

💘 Love To Cook, Love To Eat 💘

can follow me at
👇👇👇

FACEBOOK   
https://www.facebook.com/lovely.gurlz.52/

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/gurlylovely/
https://www.instagram.com/lovelygurlz_food_diary//


💓💓 To all Readerssssss 💓💓
  
Can CONTACT ME at

Email me at : gurlylovely@gmail.com
👇👇👇


👇👇👇

👇👇👇

👇👇👇

👇👇👇

👇👇👇

Food Diary IG
👇👇👇



👇👇👇


TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG INI..

ABOUT ME

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua, Saya Mainnie Zaimi atau nak panggil MZ pun boleh jewww... Mesra gitu… nak panggil Lovely Gurlz pun sis kisah ��…Cuma jangan panggil Chef MZ sudah le…kang marah chef2 kat luar sana…hahaha..


Actually Cik Mainnie adalah owner bagi blog “gurlzfrenz.blogspot.com” atau “Lovely Gurlz”..hehehe..

Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga serta buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda-anda yang sudi singgah kat blog ni. Mungkin sesetengah resepi dan cara masak kat sini berbeza kerana kebanyakkan resepi di dalam blog ini adalah resepi Cik Mainnie sendiri.

Blog ni cuma untuk suka-suka jurrr...sambil-sambil berkongsi masakkan, menu dan jugak resepi. Semoga apa yang tercatit di dalam blog ini memberi manfaat kepada yang lain.

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik terpelihara “Dari Dapur Cik Mainnie”....

HAPPY COOKING YOU ALL...

💖 LOVE TO COOK, LOVE TO EAT 💘