Assalamualaikum Readerssss...
Hari ni Cik Mainnie nak share satu resepi puding yang menjadi kegilaan ramai para wanita kat luar sana...Sebut jew PUDING KARAMEL semua orang tersenyum dan teringin nak mencuba buat sendiri..hehehe
Kalau kita tengok dekat Facebook sejak akhir-akhir ni dah jadi satu menu yang paling hangat diperkatakan...sana sini ramai yang post pasal menu ni...ada yang kejadiannya OK, dan ada jugak kejadiannya yang KO...yang paling sadis sekali ada jugak yang hancur lebur bila diterbalikkan masa nak dihidangkan...ada jugak yang tak patah semangat siap cuba buat sampai jadi...hehehe..
Jom Cik Mainnie nak share resepi Puding Karamel versi Cik Mainnie yang paling mudah di abad ini...hahaha
Resepi PUDING KARAMEL
Bahan bahan:
- 2 tin susu cair
- 5 biji telur
- 3 sudu besar gula
- sedikit Esen vanilla
Bahan Gula Hangus:
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan air
Cara cara menbuat :-
- Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. (Jangan sampai hangit)
- Tutup api, masukkan gula ke dalam loyang dan biarkan sejuk
- Panaskan susu bersama gula dengan api yg perlahan..(suam2 sahaja tauuu)
- Kemudian pukul telur tetapi jangan sampai berbuih, kemudian masukkan esen vanila
- Satukan susu & telur tadi..Kacau sehingga sebati. - Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah diisi dengan gula hangus tadi..
(guna penapis supaya buih2 atau bahan2 yg tk sebati dapat diasingkan...gituuuuu)
- Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 35 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala.
- Bila sudah masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit...kemudian baru dikuarkan dan sejukkan. (kalau tk sabar, boleh jew masukkan dlm peti ais bg cepat sejuk..😅😂🤣)
~ SELAMAT MECUBA 🤪~
💖Love To Cook, Love To Eat..💘


No comments:
Post a Comment