Tuesday, May 12, 2020

KEK PANDAN GEBU GEBAS

Siapa suka kek pandan sila angkat πŸ–..

Sudah semestinya Kek yang lembut dan gebu akan menjadi ‘kegilaan’ bagi peminat makanan pastri. Enak dimakan tidak kira waktu...Kek Pandan selalu menjadi penambat selera..nak-nak pulak kalau dihidangkan bersama kopi atau teh panas...hehehe

Terpengaruh dengan TV sangattttt..semua gara-gara tengok cerita Kampung People la ni..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Hari ni Cik Mainnie nak share resepi Kek Pandan yang paling simple...dah le simple gebu gebas pulak tu...

Jom kita tengok bahan2 dan cara2 membuat kek yang over gebu gebas ni...πŸ˜…πŸ˜‚πŸ€£.


Menu : KEK PANDAN GEBU GEBAS


 

Bahan-bahan :-
• 4 biji telur
• 2 cawan tepung gandum 


• 1 cawan gula
• 1 kotak santan
• 4 sb susu pekat
• 1 sb ovalette
• 1 sk esen vanila
• 1 sk esen pandan
• 1 sk pewarna hijau
• secubit garam ( terpulang nk atau tidak)




 Cara-cara membuat :-

• Putar telur, gula, susu pekat & ovalatte sehingga gebu.
 

• Masukkan tepung & santan. Putar hingga semua sebati.
 

• Kemudian masukkan esen vanila, esen pandan & pewarna hijau.


 Putar sehingga semuanya sebati.


• Keluarkan dari mixer & kacau sekejap supaya semuanya sebati kemudian masukkan dalam loyang

 

• Bakar pada suhu 160°C menggunakkan api atas bawah lebih kurang 50 minit, bergantung pada oven masing-masing.

 

Taraaaa...siapppp..


- SELAMAT MENCUBA -



πŸ’– Love To Cook, Love To Eat πŸ’–

No comments:

Post a Comment