Sunday, May 10, 2020

SANGKAYA THAI PANDAN

RAMADHAN KAREEM buat semua...

Hari ni Ramadhan Ke-13...hati tetiba rasa sayu jewww...maklum la biasa setiap tahun bila tibanya Ramadhan, first day bersahur pasti akan sambut dengan mak abah..tak kira la 1 Ramadhan jatuh weekday ataupun weekend..yang pasti Cik Mainnie dan husband tetap akan ambil cuti balik ke kampung..Tapi tahun ni takde rezeki nak balik...Cik Mainnie redho..lagipun kita hanya merancang..Moga virus Covid-19 ni segera pergi..Amin..

Hokeyyy...kita berbalik dengan menu hari ni...hehehe...tetiba mood rajin tu datang..

Hari ni Cik Mainnie nak repeat menu Sangkaya … hehehe..
Senebarnya Cik Mainnie ni takde la pandai mana pun masak, tapi  Cik Mainnie suka mencuba resepi baru..google jew lew...bukan susah pun.. hehehehe

Uolls mesti selalu layan Boat Noodle kan...Cik Mainnie kalau pergi Boat Noodle mesti tak pernah tak order Sangkaya … roti steam dia fuhhhhhh sedap sampai tak terkata2..boleh jadi gaduh tau kalau en suami lupa nak order…hahahha

Disebabkan Cik Mainnie terlebih rajin main google2 hari ni, so terjadi la Sangkaya versi Cik Mainnie...hahahaha

SANGKAYA THAI PANDAN versi Cik Mainnie

Bahan-bahan :-
- 5-6 Helai Daun Pandan (di ambil airnya sahaja)
- 1 biji Telur
- 250ml Susu Cair
- 250ml Air (utk blend daun pandan)
- 150g Gula
- 2 sudu besar Tepung Jagung
- Secubit Garam
- Roti

Cara-cara Memasak :-

1. Blender daun pandan dgn air...tapis air daun pandan

SORRY PIC LUPA NAK SNAP...MAAFKAN SAYA...hehehe
๐Ÿ˜›๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜

2. Masukkan telur dan gula, di kacau sebati..

3. Masukkan susu,...kacau sehingga sebati.

4. Masukkan air daun pandan

5. Masukkan tepung jagung serta garam dan kacau sehingga sebati

6. Bila kesemua bahan-bahan tersebut dah sebati, masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau..Selama 20-30 minit sehingga likat dan kelihatan berkilat.

7. Bila dah likat...matikan api tunggu sehingga ia menjadi sejuk.

8. Kukus/ bakar/ steam roti..ikut selera anda..

9. Hidangkan bersama susu cair untuk rasa lebih umpphh..

taraaaaa...dah siappp...

~ SELAMAT MENCUBA ~

๐Ÿ’˜ Love To Cook, Love To Eat ๐Ÿ’˜

No comments:

Post a Comment